Monday, December 28, 2009

PERKHIDMATAN BAS WAKTU MALAM WAJAR DIKAJI SEMULA

Pada hari Sabtu (26.12.2009) seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita kemalangan Bas Ekspress yang mengorbankan 10 penumpang yang duduk di bahagian bawah bas tersebut. Kejadian ini sungguh menyayatkan hati dan telah acapkali berlaku terutamanya pada musim perayaan. Namun yang menghairankan kejadian ini akan tinggal berita untuk seketika sahaja kerana selepas ini adalah tidak mustahil kejadian seumpama ini akan terus berlaku. Dalam hal ini faktor penyumbang kepada kemalangan ngeri tersebut adalah kecuaian pemandu bas tersebut. Bas walau macam mana baik dan canggih sekalipun tetapi jika faktor cuai oleh manusia berlaku maka kemalangan akan terus berlaku. Namun manusia tetap manusia, kita hanyalah insan yang lemah yang tidak sempurna dalam banyak segi, tetapi yang boleh kita lakukan ialah dengan meminimakan risiko untuk mengelakkan kemalangan tersebut. Adalah dicadangkan agar pihak Kerajaan supaya menguatkuasakan peraturan kepada syarikat bas untuk tidak mengadakan perjalanan bas pada waktu malam terutamanya selapas pukul 7.00 malam kerana dengan ini dapat menggelakan berlakunya kemalangan ngeri akibat dari mengantuk dan letih memandu. Pemandu juga hendaklah tidak memandu melebihi 12 jam dalam satu hari supaya dapat rehat yang secukupnya dan Syarikat Bas hendaklah membuat pemantauan dengan lebih teliti dan kerap bagi setiap perjalanan bas pada waktu malam. Diharap dengan cadangan yang diutarakan ini dapat mengurangkan kemalangan bas pada waktu malam. Sekian.

Friday, November 20, 2009

PEKERJA ASING DAN PEKERJA RAKYAT MALAYSIA

Malaysia merupakan negara yang sangat bertuah dan makmur. Rakyatnya bertuah kerana memiliki segala-galanya. Dari kestabilan politik hinggalah ke makan minum sehari-hari semuanya cukup. Tidak terkecuali juga tentang peluang pekerjaan yang mana ia masih lagi dapat memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mahu bekerja. Namun disebalik segala kemewahan yang ada tersebut masih ada juga rakyat Malaysia yang tidak mahu bekerja di sesetengah sektor seperti perladangan, perkilangan dan pembinaan yang mana jika dilihat ia dimonopoli oleh pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan bahawa bukan sumbangan pekerja asing ini tidak dihargai dalam pembangunan negara tetapi jika pekerja asing ini terlampau ramai akan ditakuti menyebabkan keadaan sosial masyarakat menjadi bercelaru. Dimanakah rakyat Malaysia dalam negara ini? Adakah sudah tidak ada lagi rakyat negara ini yang mahu bekerja? Rakyat Malaysia hanya tahu berseronok sahaja dan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika dilihat rakyat Malaysia kebanyakkannya tidak berminat untuk bekerja di sektor seperti perladangan, perkilangan dan pembinaan dengan alasan gaji kecil, kerja berat dan bermacam-macam lagi alasan yang kadang-kala tidak masuk akal. Tetapi pekerja asing jika ditanya kenapa mereka berminat bekerja di sektor tersebut kerana mereka sanggup bekerja asalkan dapat mencari gaji untuk menyara keluarga mereka di tanah air asal negara mereka. Mereka menyifatkan Malaysia sebagai syurga kepada mereka dalam mencari rezeki. Namun sebaliknya rakyat Malysia hanya pandai mengatakan bahawa peluang pekerjaan tiada. Rakyat Malaysia hanya pandai berkata-kata dari berusaha bersungguh-sunguh. Oleh itu diharap agar rakyat Malaysia supaya sedar dan bangun dari tidur yang lena bahawa jika rakyat Malaysia tidak merebut peluang pekerjaan yang melimpah-ruah maka akan ditakuti pekerjaan tersebut akan diambil oleh pekerja asing. Ayuh bangunlah rakyat Malysia untuk menjadikan negara kita ini sebuah negara yang maju dan makmur.

Monday, November 9, 2009

PERPADUAN ORANG MELAYU ISLAM

Orang Melayu adalah rakyat majoriti negara ini. Namun saya juga sedih melihat ada dikalangan orang Melayu sendiri yang berpecah belah. Orang Melayu mesti bersatu padu tidak kira apa ideologi politik yang mereka anuti. Orang Melayu zaman kemerdekaan dahulu bersatu padu kerana mahu menuntut kemerdekaan, sebab itu Inggeris terpaksa tundak dengan desakan orang Melayu pada zaman tersebut. Orang Melayu zaman sekarang tidak lagi seperti dahulu kerana masing-masing merasakan sudah senang-lenang dan tiada apa lagi yang hendak diperjuangkan. Orang Melayu masing-masing ingin memperjuangkan agenda mereka tersendiri tanpa memperdulikan nasib kaum mereka jika berpecah. Janganlah kita berpecah kerana jika tidak bersatu padu maka orang lain akan senang untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita. Saya risau kerana pada masa hadapan kita tidak tahu apa akan terjadi jika kita orang-orang Melayu tidak bersatu padu bermula dari sekarang. Maka sedarlah wahai orang Melayu jangan kita dijajah dibumi sendiri. Ayuh! bangunlah Orang Melayu jangan tidur dan leka dengan kesenangan dan kemewahan ini. Bangunlah demi bangsa dan tanah air tercinta ini.

Tuesday, October 20, 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN

Semalam saya ada melihat sidang Parlimen dimana PM Najib ada memberi ucapan di Parlimen. Salah satu ucapan beliau yang saya amat bersetuju dengan PM ialah Kerajaan akan mendahulukan keselesaan rakyat dati segala-galanya. Kenyataan itu mencerminkan bahawa kerajaan yang ada sekarang amat menitikberatkan kebajikan rakyat dimasa yang susah ini. Kenyataan ini juga mencerminkan bahawa polisi kerajaan sekarang teralih kepada kehendakan dan kemahuan rakyat jelata. Semua polisi Kerajaan akan lebih mengutamakan rakyat. Diharapkan Kerajaan akan dapat memberi segala kemudahan dan keselesaan dalam Budget 2010 yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini. Sama-samalah kita lihat apa yang Kerajaan yang ada sekarang akan dapat memberi gula-gula kepada Rakyat. Hidup 1 Malaysia.

Monday, October 19, 2009

BONUS OH BONUS

Pada hujung minggu ada melihat tentang berita bonus yang akan diminta oleh CUEPACS. Kira ok la tu kalau dapat 2 bulan bonus. Kalau dapat 1 bulan pun dah cukup bagus. Bonus nie akan dapat meringankan beban kakitangan awam seperti nak bayar Insuran kereta, road tax dan macam-macam lagi hutang yang perlu dilangsaikan. Bonus kiranya seperti penyelamat kepada kakitangan awam pada penghujung tahun. Hanya itulah harapan kakitangan awam bagi meringan beban kewangan yang terpaksa ditempuhi bagi kebanyakkan kakitangan awam. Mudah-mudahan PM Najib akan terbuka pintu hati untuk memberi bonus kepada kakitangan awam. Hidup 1 Malaysia......

Tuesday, October 6, 2009

BOSAN FB KENA BLOCK

Bermula semalam fb telah di Block....tapi macam mana nak buat dah kena block...memang ada kebaikan dan keburukan di Block...namun hakikatnya tak leh lagi untuk bertukar-tukar pendapat sesama teman-teman sepejabat....ia juga tidak akan mencapai hasrat kerajaan untuk menjadi mencapai sasaran bagi mempertingkatkan keupayaan kerajaan bagi berkhidmat kepada rakyat...fb kalau digunakan akan menjadi medium untuk menghebahkan tentang dasar-dasar kerajaan kepada rakyat...justeru itu segala pendapat dan komen daripada rakyat akan dapat diketahui dan kerajaan akan dapat mengambil segala komen dan pendapat yang bernas untuk memajukan rakyat bagi faedah semua...

Friday, October 2, 2009

GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI SAMOA DAN SUMATERA

Semalam saya menonton berita di TV tentang kemusnahan akibat gempa bumi dan tsunami di Sumatera dan Samoa.....sedih jugak lihat banyak kemusnahan harta benda dan kematian manusia...namun saya ada terfikir kenapa semua kejadian malapetaka ini terjadi kepada manusia? Saya jugak terfikir bahawa bala yang diturunkan oleh Tuhan kepada manusia mungkin akibat dari manusia itu sendiri yang merosakkan alam sekitar itu....akibatnya sistem ekologi alam semulajadi menjadi tidak seimbang...kesannya menyebabkan manusia yang menerima musibahnya....jangan salahkan Tuhan atas apa yang terjadi di mukabumi ini...salahkan manusia itu sendiri...Tuhan tidak zalim terhadap manusia namun jika manusia yang membuat angkara dimukabumi maka janji Allah adalah Benar.....jika bala diturunkan maka semua manusia tak kira baik atau tidak akan menerima kesannya...kejadian malapetaka ini diharapkan akan menyedarkan manusia agar lebih sensitif tentang alam sekitar dan jaga bumi ini dari segala macam kemusnahan yang diakibatkan oleh manusia itu sendiri.

Thursday, October 1, 2009

My New Cermin Mata

Semalam adalah pertama kali saya try cermin mata yang baru ditempah...terkejut mataku ini nampak jelas dan terang lagi nyata....selama nie kalau lihat jauh semuanya nampak kabur aje...tapi saya hanya pakai cermin mata nie hanyalah jika lihat benda jauh tak nampak atau mahu membaca tulisan yang sangat kecik halus gitu...baru pakai cermin mata tersebut....anyway terasa macam ada benda something hanging kat hadapan batang hidung nie...mungkin tak biasa lagi kut....tapi kalau nak baik kena biasa-biasa pakai kut.....ini adalah pengalaman pertama kali dalam hidup pakai cermin mata.....mungkin umur dah meningkat nie membuatkan mata kita pun menjadi semakin tua....bukan semakin muda.....tapi itu tak membuatkan diri ini lemah kerana pakai cermin mata....namun membuatkan diri ini terfikir bahawa betapa diri ini telah bertambah usia tidak seperti zaman muda dahulu kala....

Tuesday, September 29, 2009

Hari ini my new Cupboard sampai from IKEA

Hari pada sebelah petang dalam jam 5.00 petang hingga 7.00 petang 2 buah almari baru dan sebuah almari simpan pakaian akan sampai dari IKEA.....ia sungguh murah dan berpatutan kerana harga adalah sebuah RM 199.00 dan RM 266.00. Ia akan membolehkan pakaian saya dan wife untuk disimpan dengan lebih teratur lagi....

Monday, September 28, 2009

Start First Day Keje Dah Ada Problem

Hari nie bila masuk keje pagi-pagi aku bukan komputer tiba-tiba komputer tak boleh nak start...rupa-rupanya ada orang yang gi tutup suis kat wayar extension patut le komputer tak leh nak on...anyway pagi-pagi buat aku nak marah sebab komputer nie penting untuk buat keje...kalau tak leh start macam mana nak buat keje...pinjam komputer orang malas....sebab orang punya komputer takut orang lain marah dan mungkin ada benda yang save kat dalam komputer tersebut...anyway first keje selepas seminggu cuti Hari Raya kira malas jugak sebab mood raya masih ada lagi...tapi keje tetap jalan macam biasa...dah pun nama keje...anyway perkhidmatan kepada rakyat tetap dijalankan...