Tuesday, October 20, 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN

Semalam saya ada melihat sidang Parlimen dimana PM Najib ada memberi ucapan di Parlimen. Salah satu ucapan beliau yang saya amat bersetuju dengan PM ialah Kerajaan akan mendahulukan keselesaan rakyat dati segala-galanya. Kenyataan itu mencerminkan bahawa kerajaan yang ada sekarang amat menitikberatkan kebajikan rakyat dimasa yang susah ini. Kenyataan ini juga mencerminkan bahawa polisi kerajaan sekarang teralih kepada kehendakan dan kemahuan rakyat jelata. Semua polisi Kerajaan akan lebih mengutamakan rakyat. Diharapkan Kerajaan akan dapat memberi segala kemudahan dan keselesaan dalam Budget 2010 yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini. Sama-samalah kita lihat apa yang Kerajaan yang ada sekarang akan dapat memberi gula-gula kepada Rakyat. Hidup 1 Malaysia.

1 comment:

  1. DRPD KENYATAAN TERSEBUT, SEOLAH-OLAH MEMBERI BAYANGAN BHW AKAN ADA IMBUHAN UTK RAKYAT DLM BUDGET 2010 NNT.... MARI SAMA-SAMA KITA TUNGGU...

    ReplyDelete